Khamis, 18 Februari 2010

warkah terakhir buat kau sayang





masa berputar musim berlalu.

kau yang aku tunggu belum kunjung tiba.

berlimpah cara telah ku ikhtiarkan untuk kau.

tapi kau tetap membuntukan usaha aku dengan limpahan alasan kau itu.

kau cuba keraskan hati lembut itu.

kau cuba butakan mata yang tak sedikit pun rabun itu.

kau cuba bantutkan akal fikiran kau itu.

kau cuba lenyapkan ingatan kau untuk aku.

kau cuba lahirkan benci untuk aku.

terima kasih kerana kau telah mencuba sedaya upaya.


aku sedikit pun takkan berganjak.

kata-kata kesat kau tak pernah aku simpan dalam hati.

seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

kau tetap dengan keras hati bak batu yang tak lumat dipijak-pijak,ditumbuk,dihempap-hempap.

aku telah buang ego aku jauh-jauh hanya untuk kau.

memang aku lah raja ego sebelum ini.

tapi sekarang aku tak gah untuk menjadi diktator kau lagi.


aku dilahirkan sebagai makhluk Tuhan seperti kau juga.

aku tak pernah luput dari dosa dan silap.

aku lalai,aku lemah.

adakala aku berhati syaitan.

aku sedar kau dah lama maafkan aku.

kenapa tiada peluang bagi aku?

aku tak minta peluang kedua,ketiga atau keseratus sekali pun.

aku hanya minta peluang terkhir.


hati berubah-ubah sayang.

kau kena belajar untuk bagi peluang kepada orang.

kau kena ingat langit tak selalunya cerah.

hari ini kau tak beri peluang untuk orang lain.

satu hari kalau kau terima benda yang sama.

mungkin kau akan rasa lagi walaupun kau dah rasa sebelum ini..

kau tak boleh meletakkan salah orang lain ke atas beban orang lain.


kalau kau kejam sekali pun.

aku tetap sayang kau cinta kau.

kau yang butakan aku dengan kasih cinta kau.

hati aku buta sayang.

aku rasa aku manusia paling bodoh mencintai kau.

sebab terang lagi bersuluh kau bukan milik aku lagi.

aku meraba-raba mencari tujuan aku dengan kau.

tapi kau biarkan aku jatuh tersungkur seorang diri.

aku berharap suatu hari kau datang pimpin aku lagi.

beri aku tongkat untuk aku mampu berdiri.

kembali untuk hidup normal.


mungkin usaha aku belum cukup.

belum cukup untuk hati kau merasa puas.

tak mengapa sayang.

aku sedikit tak marah dengan kau.

aku harap kau pegang dengan janji kau tempoh hari.

dan aku tetap pegang dengan janji-janji aku juga.


biarlah masa menentukan.

aku tetap di sini menjaga janji itu.

tunggu kau datang untuk ambil balik janji jagaan aku.


cuma pesan aku.

cubalah jaga diri kau baik-baik sepanjang aku tak ada di sisi.

fikir dulu sebelum buat sesuatu.

belajar rajin-rajin.

ingat pesan mak abah.

moga kau bahagia bersama orang kau cintai.



seikhlas hati,

miena ramlee :)









4 ulasan:

nur sofuwani berkata...

waa mina..
ad kturunan a.samad said eh
puitis=))

~miena^^ berkata...

haha mn da..xpuitis sgt la sof..
besa ja..
ayat simple je kn

aliya azizan berkata...

xsangka hg yang otai boleh tulis cmni..wuuuu

~miena^^ berkata...

haha kebetulan je ah!!