Khamis, 11 Februari 2010

kentutmu tetap wangi..

HATI.satu perkataan yang cukup sinonim dengan diri kita sendiri.semua insan yang dilahirkan di muka bumi ini tercipta dengan hati yang satu.hati sahabat baiknya perasaan.bila suka, hati tenang siap berbunga-bunga lagi.bila sedih,hati bagai menangis tak siapa yang tahu.bila terluka,hati macam disiat-siat tak cukup itu bagai dilapah-lapah sampai lumat.hati sangat misteri.duduknya dalam jasad seseorang untuk merasa bahagia,sedih,keliru tak siapa yang dapat teroka apa yang betul-betul dirasai hati.
HATI.hati memang tak boleh dipaksa-paksa.tapi hati boleh berubah bila-bila masa saja tanpa mengira waktu.tak kira berapa lama tempoh hati mungkin berubah lagi.mungkin lagi 5bulan,mungkin satahun atau pun mungkin satu waktu yang sekian lama xterfikir oleh waras akal.HANYA TUHAN YANG TAHU SEGALANYA.
HATI.hati itu beerti bebas.hati bebas merasakan apa yang dirasa perasaan.hati selalu meronta-ronta untuk dapatkan apa yang dia mahukan.bila HATI NEKAD,hati boleh menguasai diri tanpa batasan lagi.apa-apa pun boleh berlaku.jangan sekat apa kata hati.hati itu benar.biar hati bukan 3dimensi yang dapat dilihat mata kasar.tapi tetap kena percaya dengan hati.bukan hanya mendengar kata orang lain.
HATI.hati mampu buat seseorang jadi gila.hati tak mampu dijual beli.hati xmampu ditukar ganti.hati tak mampu dikotak katik.hati begitu simbolik dengan CINTA.cinta hukumnya subjektif.tak semesti dirungkai dengan kata bicara.cukuplah dengan hidangan pengorbananyang tiada tolok bandingnya.

Tiada ulasan: